Posts

1st Post (Honda Civic)

Image
Sudah memasuki generasi ke-11, Civic sememangnya antara model sedan segmen C paling popular di negara ini. Jentera yang menerima pelbagai gelaran seperti mayat dan terkini ketam itu jelas membuktikan attachment peminat kereta tempatan terhadap Civic.  Menggunakan kod nama FE dan sekali gus menggantikan model terdahulu iaitu FC, Civic 2022 membuat penampilan pertama di pasaran Amerika Syarikat pada awal tahun 2021. Kalau diikutkan jadual, Honda Malaysia dijadual melancarkan model ini secara rasmi lebih awal. Namun, disebabkan oleh kekangan akibat COVID-19 , rancangan itu terpaksa ditunda hingga ke tahun hadapan.  Setiap kali generasi Civic perlu ditukar, pasukan pereka bentuk pastinya berdepan tugas paling sukar. Bukan mudah untuk memenuhi ekspektasi pelanggan, pada masa sama memastikan rekaan Civic baharu tidak bosan dan selari dengan perkembangan semasa. Bagi Civic FE, Honda menggunakan konsep rekaan yang dikenali sebagai Sokai yang bermaksud segar 😎. Ia dapat dibuktikan dengan